MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Salah satu sifat istimewa madu kelulut asli adalah ianya cepat larut di dalam darah setelah dimakan. Sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh darah dalam proses pembentukannya telah tersedia di dalam madu kelulut. Oleh kerana madu kelulut juga mengandungi molekul gula ringkas, ia memudahkan otak bekerja serta membantu proses pembentukan darah.



Madu kelulut asli Syamille mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap yang optima. Selain itu juga, madu membantu proses pembersihan dan peredaran darah serta mencegah terjadinya pengerasan pembuluh darah yang boleh membawa kepada arteriosklerosis.

Untuk tempahan sila ke fb kami di 
http://www.facebook.com/syamillekelulutmalaysia




Rasanya sedap sgt! Tidak terlalu manis. Ianya 100% madu kelulut asli Syamille. 

“Syukur Alhamdulillah, saya dah lama mengamalkan madu lebah kelulut syamille ni.. Dari tahun 2012 sampailah sekarang, masih konsisten. Dari awal kehamilan, sehinggalah dalam pantang, memang tak ambil ubatan dari klinik ataupun hospital. hanya madu kelulut syamille yang saya amalkan.. Syukur Alhamdulillah tiada alahan, mengandung pun rasa macam tak mengandung, sebab badan rasa bertenaga.. Semasa nak melahirkan pun bukaan rahim cepat sangat... Alhamdulillah.. Bila dalam pantang luka bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah..bukan tu sahaja, kulit saya menjadi lembab, berseri-seri... Saya akan terus mengamalkan madu lebah kelulut syamille ni.. Memang terbaik...”

Puan Surieza, Kuala Lumpur.

Antara manfaat madu kelulut bagi ibu hamil & ibu selepas bersalin:

* Mengurangkan rasa mual pada masa kehamilan.

* Melindungi janin dari keracunan.

* Kesihatan untuk ibu dan anak dalam kandungan.

* Merpercepatkan proses meredakan luka dalaman selepas bersalin. 

* Meningkatkan pengeluaran susu ibu.




Alhamdulillah.. bermula bulan Mac 2018 yang lalu, 5 produk keluaran Syamille Agro Farm yang berasaskan madu, propolis dan pollen lebah kelulut telah berjaya memperolehi persijilan “Diuji oleh UNIPEQ UKM” yang dikenali sebagai “Tested by UNIPEQ UKM”, sebagai tanda pengesahan dan pengiktirafan kepada Kualiti dan Keselamatan produk-produk kami di pasaran. Ujian dan analisa makmal yang dijalankan oleh pihak UNIPEQ-UKM untuk persijilan tersebut adalah terperinci dan diiktiraf oleh KKM. Produk-produk tersebut adalah Madu Kelulut, Madu Kelulut Cinnamon, Madu Kelulut Halia, Propolis Kelulut dan Bee-Pollen Kelulut di mana Logo “Tested by UNIPEQ UKM” berserta No Siri Sijil untuk setiap produk akan tertera pada label pembungkusan. Pengiktirafan ini juga adalah sebagai tanda kesungguhan dan matlamat kami untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi kepada para pengguna.





Alhamdulillah.. penyertaan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bersama Zahrania Industries (M) Sdn Bhd di pameran MIHAS 2018 bertempat di MITEC KL telah berjalan dengan begitu lancar. Pelbagai produk huluan dan hiliran yang berasaskan madu lebah kelulut dan madu lebah meliferra telah dipamerkan. Sambutan daripada para pengunjung dari dalam dan luar negara amat baik dan menggalakkan. Terima kasih semua.



















Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut serta dalam sesi penanaman Pokok Ipoh dan berkesempatan untuk Sarapan Pagi di Dataran Stesen KTM Ipoh dan Gerai Dato Sagor bersama masyarakat Ipoh. Semasa di Dataran Dato Sagor, MB turut singgah, beramah mesra dan membeli madu kelulut di Kedai Syamille yang telah beroperasi di situ sejak setahun yang lalu.










Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Madu diabetes” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian pada 19 November 2017

KKM memandang serius ke atas penjualan madu tiruan di pasaran. Hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari tahun 2016 sehingga kini, sebanyak 77 sampel produk madu dengan pelbagai jenama telah diambil di pasaran tempatan. KKM mendapati bahawa tujuh (7) sampel produk (9.1%) tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat berkenaan telah diarahkan menarik balik produk terbabit dari pasaran dan tindakan mahkamah telah diambil.

Manakala 5-hydroxymethylfurfural (HMF) merupakan bahan organik yang terhasil dari hidrolisis gula akibat pemanasan, penyimpanan pada suhu yang tinggi atau tempoh jangkamasa penyimpanan yang lama. Bahan ini lazimnya digunakan sebagai petunjuk kualiti madu dan kandungannya akan meningkat apabila suhu meningkat dan tempoh penyimpanan bertambah.

Menurut the Federal Institute for Risk Assessment (BfR), Germany, HMF tidak memberikan kesan toksik kepada kesihatan manusia.




Baru-baru ini rakaman rancangan travelog RTM bertajuk “BYE…BYE…MAMA!!!” telah diadakan di Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar. Penggambaran @ Syamille di kawasan ternakan lebah kelulut, kandang rusa, kandang unta, rumah kucing eksotik, ternakan itik, kolam ternakan ikan dan sekitar resort. Rancangan ini menampilkan artis Azhar Sulaiman dan anaknya Rees Andika sebagai pengacara yang akan membawa penonton meneroka dan mengalami percutian agro dan eko pelancongan yang terdapat di negeri Perak, Selangor, Kedah, Sabah dan Sarawak. 









Jumpa kami di Casuarina @ Meru, Ipoh pada 27 – 29 Oktober 2017


The 3-day Explore & Discover Ecotourism at the World Ecotourism Expo 2017 (WET-EXPO) provides international and local tourism authorities, ecotourism related organizations, intuitions, associations, academics, corporate establishments with an exceptional opportunity to develop ecotourism activities at an international level. The international event not only allows them to present, but also to promote and sell their products, services and know-how on the aspects of ecotourism. The event will give participants the chance to meet their potential customers, to seek new contacts and to establish B2B dialogue with professionals.









Terima kasih kepada rombongan pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi yang telah datang melawat ke Syamille Agrofarm & Resort bagi mengikuti taklimat serta meninjau aktiviti ternakan lebah kelulut. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pertanian Kuala Kangsar yang telah mengaturkan lawatan tersebut.