MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Alhamdulillah.. bermula bulan Mac 2018 yang lalu, 5 produk keluaran Syamille Agro Farm yang berasaskan madu, propolis dan pollen lebah kelulut telah berjaya memperolehi persijilan “Diuji oleh UNIPEQ UKM” yang dikenali sebagai “Tested by UNIPEQ UKM”, sebagai tanda pengesahan dan pengiktirafan kepada Kualiti dan Keselamatan produk-produk kami di pasaran. Ujian dan analisa makmal yang dijalankan oleh pihak UNIPEQ-UKM untuk persijilan tersebut adalah terperinci dan diiktiraf oleh KKM. Produk-produk tersebut adalah Madu Kelulut, Madu Kelulut Cinnamon, Madu Kelulut Halia, Propolis Kelulut dan Bee-Pollen Kelulut di mana Logo “Tested by UNIPEQ UKM” berserta No Siri Sijil untuk setiap produk akan tertera pada label pembungkusan. Pengiktirafan ini juga adalah sebagai tanda kesungguhan dan matlamat kami untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi kepada para pengguna.






Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Madu diabetes” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian pada 19 November 2017

KKM memandang serius ke atas penjualan madu tiruan di pasaran. Hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari tahun 2016 sehingga kini, sebanyak 77 sampel produk madu dengan pelbagai jenama telah diambil di pasaran tempatan. KKM mendapati bahawa tujuh (7) sampel produk (9.1%) tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat berkenaan telah diarahkan menarik balik produk terbabit dari pasaran dan tindakan mahkamah telah diambil.

Manakala 5-hydroxymethylfurfural (HMF) merupakan bahan organik yang terhasil dari hidrolisis gula akibat pemanasan, penyimpanan pada suhu yang tinggi atau tempoh jangkamasa penyimpanan yang lama. Bahan ini lazimnya digunakan sebagai petunjuk kualiti madu dan kandungannya akan meningkat apabila suhu meningkat dan tempoh penyimpanan bertambah.

Menurut the Federal Institute for Risk Assessment (BfR), Germany, HMF tidak memberikan kesan toksik kepada kesihatan manusia.







KEMAMAN – Pejalan kaki kebanggaan Kemaman, Sabri Ali, 54, sekali lagi akan mengangkat nama daerah ini dan Terengganu di mata masyarakat luar menerusi Program Kelulut Walk 2016 yang pelepasannya akan disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada hari ini di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Diangkat sebagai Duta Kelulut Walk oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Sabri kali ini akan berjalan sejauh 2,000 kilometer (km) merentasi 14 negeri dalam tempoh 50 hari sekaligus bakal memperbaharui rekod yang diciptanya dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Dalam misi berjalan kakinya pada 2014 dan tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Bukit Kuang  yang popular dengan panggilan nama Pok Sabri itu hanya berjalan menjelajah Semenanjung Malaysia namun dalam Program Kelulut Walk, dirinya akan turut merentasi Sabah dan Sarawak dan mengatasi jarak perjalanan 1,700km pada 2014 dan 1,640km pada 2015.

Juruteknik Eastern Steel Sdn Bhd itu yang menjadi testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan dijangka akan menamatkan misi pada 4 Disember dan ketibaannya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) akan disambut sendiri oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih manis, sejurus berakhir misi itu beliau juga akan menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pejalan kaki solo merentasi seluruh Malaysia seterusnya memakbulkan doanya memahat nama anak Kemaman dalam rekod negara.

Dapat rasai perbezaan ketara lepas amal madu kelulut, Sabri berkata, pengalaman dalam dua misi berjalan kakinya sebelum ini akan dimanfaatkannya sepenuhnya untuk memperkenalkan khasiat madu kelulut kepada masyarakat di samping akan mempromosikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (Maha) 2016 dengan kaedah menarik bagi membalas kepercayaan yang diberikan MOA terhadapnya.


“Saya mula amalkan pengambilan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan pada misi berjalan kaki tahun lalu dan hasilnya sangat mengagumkan. Saya dapat rasai perbezaan ketara antara misi pertama dan kedua.




Alhamdulillah…Syamille Agrofarm & Resort yang diwakili oleh Tn. Hj. Zulkifli Zambri telah menerima Anugerah Produk Pelancongan Berpotensi di Majlis Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2015 yang diadakan pada 13 November 2015 yang lalu. Anugerah disampaikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan di negeri ini termasuk agensi kerajaan dan swasta serta NGO yang banyak memberikan khidmat serta sumbangan bagi memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak muncul negeri paling ramai menerima kunjungan pelancong domestik tiga tahun berturut-turut iaitu 5.6 juta pada 2012, 6.01 juta pada 2013 dan meningkat kepada tujuh juta tahun lalu.




Ahmad Bashah Md. Hanipah mencuba madu kelulut sambil diperhatikan oleh Sabry Ahmad (kiri) semasa lawatan kerja ke Koperasi Gerakan Daya Wawasan Kampung Paya Guring, Pauh, Arau Perlis, semalam. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli


ARAU 3 Okt. - Koperasi yang melibatkan kampung disaran supaya bijak merebut peluang menggunakan sumber alam yang sedia ada untuk menjalankan aktiviti ekonomi yang boleh memberi pulangan lumayan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dan terbukti boleh menguntungkan koperasi adalah dalam aktiviti eco-tourism iaitu menggunakan kawasan persekitaran koperasi sebagai tarikan pelancongan bagi dalam dan luar negara.

"Selain itu dengan program Satu Daerah Saru Produk juga boleh diusahakan oleh koperasi di mana mengeluarkan produk berasaskan bahan mentah tempatan bagi meningkatkan pendapatan seperti hasil laut, hasil pertanian, hasil kraf tangan untuk dipasarkan,’’ katanya ketika mengadakan Lawatan Kerja Ke Koperasi Gerakan Daya Wawasan Kampung Paya Guring Perlis Berhad di Dataran Tengku Hajjah Budriah, Kampung Paya Guring, Pauh, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Sabry Ahmad dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis, Mohd. Ruslan Awang.
Ahmad Bashah berkata, sebagai contohnya Koperasi Gerakan Daya Wawasan Kampung Paya Guring Perlis Berhad sendiri kaya dengan sumber alam semulajadi.

"Koperasi ini kini mengusahakan projek ternakan lebah madu kelulut dengan peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM2,037,119.00,’’ katanya.

Ahmad Bashah berkata, selain itu koperasi ini juga terpilih untuk program Desa Lestari kerana Kampung Paya Guring telah melaksanakan perniagaan Homestay.

"Saya berharap supaya kampung-kampung lain supaya terlibat dalam perniagaan seperti ini bagi tujuan mempromosi produk yang sedia ada untuk ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.