MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Allah SWT telah menjadikan Al-Quran sebagai satu sumber yang mengandungi keberkatan (banyak faedah-faedah dan manfaatnya) kepada hamba-hambaNya yang suka membaca, mengamalkan isi kandungannya, mengambil pengajaran dan berhukum dengan hukuman yang ditentukan oleh Allah Ta’ala serta melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Sama-sama kita renungi dan hayati Firman Allah SWT:



“Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya).” (Surah Al-An’aam:92)


“Dan Al-Quran ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya?” (Al Anbiyaa':50)

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad:29).
 
Oleh itu, dengan niat berusaha dan bertawakkal hanya kepada Allah SWT, semua madu kelulut keluaran Syamille Agro Farm akan dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran diikuti dengan doa-doa berkaitan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Ma’had Tahfiz An-Nuri. Dengan usaha begini, kami yakin dan percaya Allah SWT akan menambahkan keberkatan ke atas madu kelulut tersebut. InsyaAllah.



Ma’had Tahfiz An-Nuri yang didaftarkan pada tahun 2009 ini beroperasi sepenuh masa pada setiap hari dan terletak di dalam kawasan Syamille Agro Farm. Kini pelajarnya seramai 18 orang dan keseluruhan kos operasi ditaja sepenuhnya oleh Syamille Agro Farm.


Wallahua’lam.



Pelajar-pelajar Tahfiz An-Nuri


Pada hari Jumaat, 15 Mac 2013, Syamille Agrofarm & Resort menerima kunjungan rasmi rombongan 40 orang daripada JKKP Kg Lembah Bujang, Kedah, khusus untuk meninjau dan memperolehi pengetahuan asas tentang penternakan lebah kelulut. Mereka yang hadir ini dibawah kelolaan KKLW di mana peruntukan dana bantuan untuk mengadakan Program Orang Kampung Menternak Kelulut akan diberikan kepada mereka yang berminat. Rata-rata yang hadir amat berminat dan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, atas semangat dan kesungguhan mereka, kursus yang berkenaan akan disediakan.






Assalamu’alaikum…hari ni kita santai sikit……

Kepada yang belum mengenali Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar, Perak, apa kata anda luangkan masa sikit untuk tonton video (31 minit) di bawah ni. Dalam video ni pun ada juga cerita tentang penternakan lebah kelulut.

Bercadang bercuti sekeluarga bersama alam di Syamille….kami mengalu-alukan kedatangan anda…InsyaAllah.







Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Baginda SAW bersabda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua." (HR Abu Dawud)



Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran." (HR Ibnu Majah)




Kami menyarankan 2 cara pengambilan madu kelulut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik:



Pertama:

Campurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan di dalam suatu bekas pada suhu bilik/persekitaran) pada kadar lebih kurang 100ml -150ml. Kacau sehingga larut sepenuhnya dan diminum. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh badan dan darah. InsyaAllah.



Kedua:

Sediakan satu sudu besar madu kelulut dan di minum terus tanpa mencampurkannya dengan bahan lain. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak, asma, resdung, bronkitis, sakit telinga dan sebagainya. InsyaAllah.



Sebagai menepati sunnah Rasullullah SAW, hendaklah kita mengambilnya dengan sekurang-kurangnya membaca Bismillah, Berselawat dan Berdoa kepada Allah SWT sebelum meminumnya dengan penuh tertib dalam posisi duduk.



Untuk menambahkan lagi keberkesanannya, terdapat juga petua mencampurkan madu kelulut dengan bahan lain seperti jus kurma, jus limau, minyak habbatussauda, minyak zaitun dan sebagainya. Gunakan gelas dan sudu plastik, kaca, kayu atau pun seramik tetapi elakkan penggunaan gelas dan sudu yang dibuat dari bahan beasaskan besi.



Sesuaikan cara pengambilan yang disyorkan di atas mengikut kesesuaian dan kerasian tubuh badan sendiri. Antara caranya ialah pengambilan secara berselang seli pada setiap hari, iaitu mencampurkan madu kelulut dengan air pada sebelah pagi dan diulang secara minum terus pada sebelah malam, atau sebaliknya.



Wallahua’lam.


Alhamdulillah...Pada hari Khamis, 7 Mac 2013, pukul 11.45 pagi, Syamille Agrofarm & Resort menerima tetamu yang istimewa iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak, yang turut sama disertai oleh beberapa Pegawai Tinggi Kerajaan, Pemimpin Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Lawatan selama satu setengah jam tersebut meliputi sebahagian besar kawasan Syamille Agrofarm & Resort termasuk ladang ternakan lebah kelulut. Para tetamu turut dijamu dengan pelbagai hidangan makan tengahari dan masakan steak daging kambing Boer. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YB MB dan ahli rombongan kesemuanya yang telah sudi meluangkan masa melawat tempat kami serta memberi sokongan padu kepada kami dalam usaha memajukan lagi aktiviti di Syamile Agrofarm & Resort.

Ketibaan Datuk Seri Dr Zambry disambut oleh Hj. Zainuri
Penerangan tentang Madu Kelulut
Merasai kelazatan madu kelulut
MB beramah mesra dengan pelajar Tahfiz An-Nuri Syamille Agrofarm
Menikmati hidangan makan tengahari


Melawat kawasan ternakan kambing Boer
Meninjau sarang / koloni lebah kelulut
MB menikmati khasiat madu kelulut asli terus dari sarang
Inilah madu kelulut Syamille 100% asli dan berkhasiat tinggi
Hj. Zainuri ditemuramah oleh pemberita Perak News


Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Ternakan Lebah Kelulut di antara Syamile Agro Farm Sdn Bhd dan Koperasi Pembangunan Ekonomi Islam Kedah Berhad (KoPekasa) telah diadakan pada hari Sabtu, 2 Mac 2013, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Intipati MoU ini adalah untuk mewujudkan usahasama terbuka dan dua hala di dalam bidang pemasaran, penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan madu kelulut.


SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.

Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.
Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.

Manakala lebah tidak menyengat atau Kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.

Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.
Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan. “Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil,” katanya.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun. Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

“Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

“Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang,” katanya.

Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya.

“Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim,” katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.

“Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat,” katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.


“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” katanya.

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.

Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

Sumber: Blog MARDI