MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Kebiasaannya lebah kelulut akan membina sarang koloni di dalam rongga batang pokok tetapi yang ini luarbiasa sikit. Sarangnya dalam batang paip pvc yang sederhana besar. Kemungkinan suasana “rumah” dalam paip pvc itu selesa dan selamat bagi kelulut untuk membiak. Bagi kami, koloni kelulut dalam paip pvc  ini sihat dan cukup matang untuk di buat sarang ternakan. Alhamdulillah, inilah hasilnya. Jika anda terjumpa sarang kelulut dalam paip pvc, boleh juga buat begini. Jangan dibuang…rugi. Kalau tak nak…bagi kat kami.





Klik gambar untuk imej flyer yang lebih jelas.


MANFAAT KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECANTIKAN

Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Merawat Masalah Pernafasan
Mengubati Radang Sendi (Arthritis)
Merawat Jangkitan dan Radang Hati
Mengubati Jangkitan Pundi kencing
Menyembuhkan Ulser
Menjaga Kesihatan Mata
Mengatasi Sakit Gigi
Mencegah Pembuluh Darah Tersumbat
Merawat Gout
Mengubati Selesema
Menyembuhkan Batuk
Mengubati Sakit Perut
Mengatasi Diarea (Cirit-birit)
Menguatkan Jantung
Melancarkan Peredaran Darah
Membersihkan Darah
Mengawal Tekanan Darah
Mengatasi Radang Gusi atau Mulut
Mengubati Radang Larinks (Kerongkong)
Mengatasi Demam
Mengatasi Masalah Sukar Tidur (Insomnia)
Mengatasi Masalah Jangkitan Kulit
Membantu Mengawal Berat Badan
Mencegah Ketumbuhan Dalam Badan
Menyembuhkan Reumatisme
Menghilangkan Bau Mulut (Halitosis)
Menjaga Kekebalan Tubuh
Meningkatkan Selera Makan
Melancarkan Masa Menstruasi (Haid)
Mengatasi Keletihan
Meningkatkan Kesuburan Badan
Meningkatkan Kekuatan Badan Melawan Penyakit
Meningkatkan Pengeluaran Air Susu Ibu
Penyegar Stamina
Mengatasi Rambut Gugur
Meningkatkan Tenaga
Memudahkan Proses Kelahiran
Menyihatkan Anak Dalam Kandungan
Menyembuhkan Luka Dalam Perut/Rahim
Menganjalkan Kulit Wajah dan Mengurangkan Kedut
Menghaluskan Kulit
Menjadikan Kulit Berseri-seri
Mencegah Penuaan
Menjadikan Rambut Sihat dan Berkilau
Menghilangkan Jerawat

Insya-ALLAH.








Dipetik dari laman blog WAHM (Work At Home Mom) milik Haryati Dulbahri. Berikan sokongan anda dan lawati http://haryatidulbahri.blogspot.com/

Saturday, 15 February 2014
Assalamualaikum w.b.t

Mengimbas kembali pada tahun yang lalu, saya dan anak-anak berpeluang mengikuti suami berkursus di Syamille Agro Farm & Resort, Kuala Kangsar, Perak. Orang kata sambil menyelam sambil minum air, alang-alang masa saya sepenuhnya berada di rumah, kami anak-beranak ikut sekali suami ke sana untuk menghabiskan masa bersama-sama. Komitmen kerja suami memerlukan beliau bertugas di luar kawasan hampir setiap minggu. Ini membataskan kami untuk menghabiskan masa bersama. Sebab itulah, bila ada peluang masa kami akan gunakan sebaik-baiknya untuk memastikan kualiti masa bersama anak-anak tidak diabaikan walaupun sibuk.

Perjalanan kami ke Kuala Kangsar mengambil masa hampir 4 jam lebih untuk sampai ke destinasi. Suami memaklumkan tempat tersebut sangat berbeza, unik dan seronok untuk dikunjungi. Subhanallah, apabila sampai sahaja di resort tersebut, sebuah surau kecil tersergam indah berhadapan bilik resort yang akan kami diami. Kebetulan kami sampai pada waktu di mana azan zohor sedang berkumandang. Menurut suami, surau tersebut digunakan oleh anak-anak yang belajar tahfiz di dalam resort ini. Saya bagaikan terpegun kerana sebenarnya terdapat sebuah sekolah tahfiz di tengah hutan, yang telah di asaskan oleh pemilik resort ini sendiri. Lebih menarik lagi resort ini juga pada asalnya adalah tempat ladang agrikultur dan penternakan persendirian, yang kemudiannya sedikit demi sedikit menjadi tempat percutian berinspirasikan alam semulajadi. Walaupun resort ini berada di pinggir kaki bukit hutan dara, tempat penginapan yang dibina langsung tidak mengusik keindahan lumrah alam semulajadinya. Menurut suami, di dalam Syamille Agro Farm & Resort ini terdapat ladang utama bagi penternakan Lebah Madu Kelulut keluaran Syamille Agro Farm.

Suasana tenang dan aman damai yang dialami sangat menarik hati saya untuk terus meneroka di seluruh pelusuk resort tersebut. Sepanjang dua (2) hari berada di sana, saya sempat berkunjung ke Mini Zoo yang dibina dalam resort ini. Anak-anak sangat gembira melihat haiwan ternakan yang ada secara langsung seperti rusa, burung merpati, nuri dan pelbagai jenis ikan di kolam. Pelbagai jenis buah-buahan bermusim juga ada di sini seperti cempedak, nangka, limau nipis, dokong, mata kucing, durian, rambutan, langsat, kelapa muda, limau madu, belimbing dan jambu batu. Di dalam resort ini juga terdapat anak sungai yang mengalir dari Lata Perahu yang amat tenang dan menyamankan.

Bermula daripada kunjungan saya dan suami ke resort tersebut, satu persatu saya memahami dan mengetahui manfaat berkenaan makanan sunnah Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm. Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm ini sangat bermanfaat dan berkhasiat untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit, di antaranya Kencing Manis, Kanser, Strok, Hepatitis Hati, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong, Ulser dan lain-lain.

Dari Ibnu Mas'Ud R.A, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Madu penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran penyembuh penyakit dalam hati dan hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran" (Hadith riwayat Ibn Majah, Al-Hakim)

Di dalam Surah Al-Nahl, ayat 69 juga Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"...madu yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai jenis penyakit.."

Apa yang menarik berkenaan Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm ini adalah sememangnya makanan sunnah ini halalan toyyiban, asli dari ladang dan sangat berkesan mencegah, merawat dan menyembuh pelbagai penyakit. Di samping itu, semua madu kelulut keluaran Syamille Agro Farm juga akan dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran diikuti dengan doa-doa berkaitan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar ma'had tahfiz yang saya ceritakan sebelum ini. Faktor ini menambah keyakinan saya dan suami untuk menggunakan Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm sebagai makanan sunnah dalam penjagaan kesihatan kami.

Sejak itu, menjadi rutin kami sekeluarga untuk mengambil sesudu Madu Lebah Kelulut keluaran Syamille Agro Farm pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah, amalan ini sebagai langkah mencegah dan merawat beberapa masalah kesihatan yang kami hadapi seperti asma, suami yang menghidapi masalah tonsil dan resdung, sebagai makanan kesihatan untuk membina kekuatan tubuh badan, mencergaskan minda dan membantu mengekalkan kecantikan pada keseluruhannya.

Saya akan kongsi dengan lebih lanjut lagi berkenaan khasiat dan manfaat Lebah Madu Kelulut keluaran Syamille Agro Farm ini dalam entri yang akan datang.

Teruskan membaca ya!

Salam Kasih.