MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.



Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. 

Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan:

-      Keletihan, lemah badan.
-      Kegelisahan.
-      Depressi (rasa tertekan).
-      Penyakit kulit.
-      Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
-      Anemia.
-      Sawan, pada bayi.




Alhamdulillah, hari ini, Jumaat 28/6/13, kami telah membuat lawatan ke Kg. Mengkuang Titi Pulau Pinang dan Kg Bujang Kedah, yang juga telah dipilih oleh KKLW sebagai lokasi penternakan lebah kelulut secara komersil di bawah program Desa Lestari. Tujuan lawatan adalah untuk berbincang, meninjau dan mengenal pasti kawasan strategik di sekitar kampung untuk menempatkan sarang koloni lebah kelulut.

Kg Mengkuang Titi, Pulau Pinang.










Kg Bujang, Merbuk, Kedah.









Semenjak hari Isnin lepas, Syamille Agrofarm Kuala Kangsar juga tidak terkecuali dari dilanda jerebu. Walaupun IPU nya tidak sehebat Johor dan Selangor, namun kehadirannya tetap diawasi. Bukannya apa, risau juga takut-takut nanti jika jerebu terlalu tebal, ia mungkin memberi kesan gangguan kepada kehidupan koloni-koloni lebah kelulut di ladang Syamille. Alhamdulillah, nampaknya setakat ni lebah kelulut tetap aktif bergerak dan keluar mencari makanan seperti biasa.


Pagi tadi, lepas ronda-ronda dalam ladang, terus singgah kat anjung restoran Syamille yang mengadap kolam ikan sambil makan roti bakar. Tak lama lepas tu, Din muncul kat tepi kolam, biasalah, ini rutin harian ikan-ikan diberi makan 2 kali sehari, pagi dan petang. Banyaknya ikan dan memang asyik sekali.