MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.




Vitamin K penting untuk menegah keluar darah, yakni vitamin ini membantu untuk membentuk zat prothrombin kerana zat ini mempunyai tugas untuk membekukan darah.

Oleh itu, seseorang yang kekurangan vitamin K boleh menyebabkan darah lambat membeku jika terjadi pendarahan seperti luka.

Vitamin K ini juga biasa digunakan untuk mengubati bermacam-macam penyakit, antara lain limpa bengkak, batuk, darah tinggi, keluar darah dari mata dan hidung.

Sumber: Dr. Abdul Karim Najib Al-Khatib




Semalam, 28 Mei 2013, rakaman program TV, IKS / Biz Malaysia RTM1 telah diadakan di Syamille Agrofarm & Resort Kuala Kangsar Perak, yang berkisar tentang aktiviti penternakan dan penghasilan madu dan propolis lebah kelulut. Terima kasih kepada Noor Hafizah selaku Penerbit Program IKS/Biz Malaysia dan Alif selaku Jurukamera yang telah sudi meluangkan masa membuat liputan di Syamille Agrofarm.

Hj. Zulkifli bersama Noor Hafizah (Ezah) dan Alif.

Hj. Zainuri ditemuramah oleh Ezah






Kenderaan yang diguna untuk ke ladang lebah kelulut Syamille di atas bukit dan air terjun.

Air Terjun Lata Perahu....nyaman dan mengasyikkan.








Hari ini, satu majlis taklimat Ternakan Lebah Kelulut untuk program Desa Lestari telah diadakan di FELDA Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka. Majlis ini dianjurkan oleh pihak KKLW dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Bulat. Taklimat disampaikan oleh Hj. Zulkifli dari Syamille Agro Farm Sdn Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KKLW (En. Sufian, BPE) dan JKKK (En. Syukor, Pengerusi) yang telah sudi menjemput kami. Dengan taklimat dan penerangan yang disampaikan, alhamdulillah orang-orang kampung amat berminat dan bersemangat untuk menceburi bidang ternakan lebah kelulut ini.

FELDA Kampung Bukit Bulat terletak kira-kira 35 km dari Bandar Raya Melaka di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan juga dikenali dengan nama FELDA Tun Ghafar Machap. Pada asalnya FELDA Bukit Bulat merupakan sebuah kampung yang diteroka oleh generasi pertama di Kampung Bukit Bulat. Setelah diteroka, FELDA kemudiannya mengambil alih tanah di kampung ini untuk dimajukan menjadi ladang dan dusun pada 1961.  Kini kebanyakan penduduk yang ada di sini merupakan generasi kedua dan generasi ini juga yang mentadbir Kampung Bukit Bulat. Sementara itu, golongan belia di Kampung Bukit Bulat merupakan generasi ketiga.

Kampung Bukit Bulat telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012.








Klik pada gambar untuk imej lebih jelas
Pada hari ke 2, para peserta ditunjukkan dan diajarkan kaedah penuaian madu dan propolis kelulut dan penyediaan sarang koloni lebah kelulut. InsyaAllah, kursus berikutnya untuk peserta-peserta yang lain akan diadakan pada 8 dan 9 Jun 2013.













Alhamdulillah, kursus ternakan lebah kelulut hari pertama 22/5/13 untuk Program Desa Lestari anjuran Syamille-KKLW di Syamille Agro Farm & Resort Kuala Kangsar telah berjalan dengan lancar. Peserta-peserta mewakili Kg. Paloh 1 Kelantan, Kg. Mengkuang Titi Pulau Pinang dan Kg. Sempeneh Batu Kurau Perak. Hari kedua 23 Mei 2013 akan diteruskan dengan latihan praktikal. InsyaAllah.






Hari ini, 20 Mei 2013, pihak Syamille Agro Farm Sdn Bhd yang diwakili oleh Hj. Zulkifli telah dijemput untuk memberikan taklimat ternakan lebah kelulut kepada peserta-peserta Bengkel Penyediaan Pelan Pelaksanaan Program Desa Lestari anjuran Bahagian Pengupayaan Ekonomi (BPE), Kementerian Kemajuan Luar bandar & Wilayah (KKLW), bertempat di INFRA, Bangi.

Para peserta terdiri daripada wakil beberapa buah kampung terpilih dari Kuala Terengganu, Kangar, Marang, Padang Besar, Bukit Mertajam, Kemaman, Batu Kurau, Kuala Langat, Muar dan Masjid Tanah. Selain daripada pegawai-pegawai BPE KKLW, sesi taklimat tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Nursiah binti Arshad , TKSU(D) KKLW.

Alhamdulillah, taklimat berjalan dengan lancar dan beberapa wakil kampung amat berminat serta memberikan komitmen yang tinggi untuk memulakan aktiviti ternakan lebah kelulut di dalam kampung mereka. InsyaAllah.