MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

MADU KELULUT SYAMILLE - TERBAIK UNTUK ANDA

We are an established Commercial Beekeeper of Kelulut Bee/Stingless Bee/Trigona Bee in Malaysia, producing the finest grade, high quality honey and propolis products that are rich in anti-oxidants, anti-fungal, anti-bacterial and anti-inflammatory. The honey is light in color with delicious sweet & sour fruit taste. These honey and propolis are naturally suitable to cure illnesses through traditional treatment methods such as diabetes mellifluous, stroke, hepatitis, cancer, hypertension, kidney stones, gout, cough, etc. In terms of nutritional value and benefit, it is very much better than the normal honey.



Pengedar produk Madu Kelulut jenama SYAMILLE dikehendaki untuk seluruh Malaysia. Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.


Untuk mendapatkan senarai Pengedar yang berdekatan, sila Hubungi PEJABAT KAMI 05-7520209.

Baru-baru ini Syamille Agro Farm telah menghantar sampel ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia untuk di analisa di makmal bagi mengetahui profil kandungan di dalam madu kelulut Syamille.

Alhamdulillah, keputusannya amat baik dan terbukti ianya amat berkhasiat untuk manusia dari sudut pemakanan dan kesihatan. Keputusan analisa makmal yang diperolehi ini juga membuktikan bahawa kandungan antioksida dalam madu lebah kelulut adalah amat tinggi berbanding spesis lebah madu biasa.

Ringkasan keputusan analisa makmal dilampirkan di sini


Untuk mengetahui khasiat madu kelulut Syamille, informasi boleh didapati dari posting sebelum ini di sini http://kelulutmalaysia.blogspot.com/search/label/Kesihatan



Tengahari semalam lepas Zohor, masa teman tengah rancak berborak dengan Hj.Zainuri dan Abg Ramlee di Restoran Syamille, ternampak Din....teman pun tanya, "Nak ke mana Din?" Din pun jawab, "nak ke ladang, menuai madu, jom le ikut sama.." 

Kami pun sampai kat ladang sebelah belakang, tempat ni best..walaupun waktu tengahari terik, kawasan ni redup, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.....

Din pun tinjau-tinjau cari sarang mana yang dah penuh madu...Ohh..tu pun dia...

SubhanAllah...sarang ni penuh dengan madu kelulut...propolis pun banyak..

Mesin dah ready, sarung tangan pun dah pakai...apa lagi..sedut le....

Alhamdulillah...ni lah hasilnya...penuh tabung tu dengan madu kelulut syamille yang 100% asli, segar dan berkhasiat...

Din kata...jom kita ke bilik madu...ohhh...nak simpan madu-madu yang dah dituai tu dalam tong besar..."lepas ni ke mana Din"...dia kata "ke ladang le...second round.." Fuhhh..Din berbahasa London. Ok..terima kasih Din, lain kali teman ikut lagi ya...


Sebagai panduan sebelum hadir ke Mihas, sila lihat pelan lantai pameran di bawah ini untuk mengetahui kedudukan petak pameran Syamille Madu Lebah Kelulut, Booth No. D71, terletak di hadapan pintu keluar dewan pameran.

Kesemuanya ada 518 booth. Pameran Halal terbesar di dunia. Luas tempat ni, kena datang awal jika nak lawat semua booth. Tentang makan dan minum jangan risau sebab kebanyakan booth ada menyediakan sample makanan/minuman. Jadi bila datang tu, pastikan perut kosong. Macam-macam jenis makanan ada, makanan Malaysia, Jepun, Korea, Arab, China dan banyak lagi. Pengunjung 18 tahun ke atas sahaja. Pada 3 - 5 April untuk trade visitor (bawa business card), pada hari terakhir 6 April terbuka untuk pengunjung umum (public).

Apapun, sampai kat kawasan pintu keluar dewan nanti, jangan lupa singgah kat booth Syamille Agro Farm tau....No D71.

Klik gambar di bawah untuk imej yang lebih besar.




Syamille's Black & Gold Match Box

Madu Kelulut - Sachet 15g



Berita baik untuk semua…

Berikutan sambutan dan permintaan yang menggalakkan dari orang ramai, insyaAllah, pada pameran produk halal antarabangsa MIHAS di KLCC pada 3 – 6 April 2013, yang akan berlangsung tidak lama lagi, Syamille Agro Farm Sdn Bhd akan melancarkan produk madu kelulut dalam bentuk bungkusan kecil (sachet).

Setiap sachet mengandungi 15g (10ml) madu kelulut 100% asli di mana ianya sesuai untuk diminum terus atau dicampurkan dalam segelas air. Untuk edaran dan jualan, 12 sachet akan disediakan di dalam setiap kotak (match-box) yang sangat menarik. Pada masa ini, madu kelulut Syamille diedarkan dalam bentuk botol kaca berkapasiti 200g, 400g dan 1kg.

Dengan adanya sachet ini, ia akan memudahkan orang ramai untuk meminum/memakan madu kelulut terutama bagi mereka yang sentiasa bergerak aktif, pelajar, pekerja, perantau dan sebagainya. Ia juga ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Samada anda duduk di rumah, di hospital, bekerja lebih masa, bekerja out-station, bermusafir mengerjakan haji/umrah, tinggal di asrama atau apa jua keadaan anda, insyaAllah anda tidak perlu risau lagi dan boleh minum/makan madu pada bila-bila masa.

Harga sekotak berapa….? Tunggu…. kami akan umumkan tidak lama lagi. Apa pun, terima kasih daun keladi di atas kesetiaan dan sokongan padu yang anda berikan kepada kami. Alhamdulillah…….





Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain.

KUMPULAN Asid Fenolik

1.    Merupakan 1/3 daripada bahan Polifenol dalam makanan.
2.    Bertindak sebagai bahan antioksidan  untuk melawan penyakit kronik.
  Contohnya: Asid Koumarik  dan Asid Protokatechuik bertindak sebagai antikanser.
3.    Mempunyai aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding vitamin E.
  Contohnya: Asid Galik (14 x lebih tinggi berbanding vitamin E), dan asid Protokatechuik
  (10 x lebih tinggi berbanding vitamin E)

Asid Fenil Propionic

·         Mengurangkan enzim yang terlibat dengan radang semasa kanser usus besar.
·         Menurunkan kolesterol dan trigeliserida.
·         Digunakan untuk anti-diabetes.

Asid Protokatechuik

·         Mengelak sakit jantung.
·         Antifungal – elak keputihan / jangkitan rahim.
·         Antioksidan.

Asid vanilik

·         Antibakteria, Antikanser, Antioksidan.

Asid Koumarik

·         Antikanser.
·         Antioksidan.

Asid Hidroksi Benzoik

·         Bahan awet semulajadi.
·         Antioksidan.

Sumber: MARDI, Faham mee


Kepada mereka yang berkelayakan dan berminat, anda dipelawa menghantar permohonan bagi mengisi dua jawatan kosong pada ketika ini di Syamille Agrofarm & Resort, Kuala Kangsar, Perak.

1) ACCOUNT BOOKKEEPER

2) MARKETING PERSONNEL

Surat permohonan dan resume hendaklah di hantar secepat yang mungkin ke alamat email berikut:

kelulutmalaysia@yahoo.com

selewat-lewatnya pada 29 Mac 2013.

Harap maklum.


PERAKNEWS
Monday, 18 March 2013



Lokasi resort yang dibina tanpa mengganggu keindahan alam semulajadi yang disediakan oleh Syamille Agrofarm & Resort pasti akan menjanjikan pengalaman percutian yang menakjubkan bagi para pengunjung dan juga pencinta alam semulajadi.

Terletak di pinggir kaki bukit Kati,Kuala Kangsar Perak, Syamille Agrofarm yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Zainuri Idrus 48, pada asalnya ia hanyalah sebuah kawasan untuk membina sekolah Tahfiz tetapi usaha tersebut telah terbantut berikutan beberapa kekangan yang menjadikan usaha itu tergendala.

“Setelah usaha untuk membina tahfiz itu tergendala, saya meneruskan usaha membangunkan kawasan tersebut dengan membina pusat ternakan kambing dimana bermula dengan hanya menternak 100 ekor kambing dan jumlah itu telah meningkat kepada 2000 ekor, dan kami terpaksa mengurangkan kuantiti kambing dengan menghantar 90 peratus daripadanya ke Perlis kerana keluasan kawasan ternakan yang terhad dan meninggalkan 60 ekor kambing sahaja,” katanya.

Zainuri berkata, kini selepas tujuh tahun projek untuk membina Ma’ahad tahfiz Annuri tersebut telah pun siap dibina dan terdapat 18 orang pelajar keseluruhannya buat masa ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir baru-baru ini.

Beliau juga berkata ternakan kambing yang masih dipelihara di ladang ini akan digunakan untuk para pengunjung yang datang untuk mengadakan aktiviti BBQ serta sebagai menu utama di restorannya di resort ini.

Selain dari penginapan chalet, Syamille juga ada menyediakan beberapa aktiviti seperti Tinjau Burung, Fotografi Semulajadi, Lawatan mengeilingi Agrofarm, ‘Jungle Tracking ke Air Terjun Lata Perahu, aktiviti riadah bersama pelajar Ma’ahad berkenaan dan juga dewan untuk seminar dan kursus.

“Sungai semulajadi, hutan dara, air terjun, serta kehijauan dan keheningan alam flora dan fauna pasti akan membuatkan pengunjung yang hadir merasa gembira dan tenang kerana lokasinya juga terletak jauh dari kesibukan kota,” katanya.

Disamping merehatkan badan dan fikiran, pengunjung akan dapat rasa bagaimana keaslian dan ketulenan madu lebah kelulut yang dihasilkan dari sari bunga yang kaya dengan khasiat antioksidan yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk penyakit-penyakit kronik.

“Penternakan Komersial lebah kelulut secara besar-besaran merupakan aktiviti utama yang unik dan menarik perhatian kepada setiap pengunjung yang datang untuk bercuti dan menghabiskan masa lapang disini,” katanya.

Pengunjung yang berhasrat untuk merasai pengalaman percutian yang menenangkan di Syamille Agrofarm & Resort ini bolehlah menghubungi pejabat mereka ditalian 05-7520209 ataupun eksekutif pemasaran Cik Fazrina di talian 019-5045886.